KEBAIKAN BLOGWALKING
1. TAMBAH FOLLOWER
Ramai yang berblogwalking untuk menambah jumlah follower. Sama juga dengan fyna. Sebab jumlah follower dan reader sebenarnya sama-sama penting. Lagi best sekiranya kita dapat reader yang sentiasa setia dengan blog kita kan.
2. TAMBAH TRAFIK
Sekiranya kita rajin blogwalking atau singgah blog blogger lain, dalam masa yang sama kita akan mendapat kunjungan balas dari blogger lain. Tidak dipaksa untuk membalas kunjungan. Terpulang pada masing-masing. Tetapi jangan merungut sekiranya jumlah trafik tidak meningkat. (Kecuali kalau blog anda bermain dengan SEO)
3. BERTUKAR IDEA / PENDAPAT
Banyak idea dan pendapat yang dapat kita perolehi. Umpama jauh perjalanan, luas pemandangan. Setiap blog mempunyai header yang berbeza. Template yang berlainan. Intipati dari blog itu sendiri. Mana yang boleh kita tambahbaik untuk blog sendiri, kita ubah untuk kebaikan blog kita sendiri. (Bukannya copy and paste bulat-bulat)
4. MENAMBAH KOLEKSI BLOGLIST
Ada sesetengah blogger rajin membuat senarai bloglist untuk memudahkan blogwalking. Sebab itu, fyna buat senarai seperti blog ini juga. Senang untuk blogwalking sekiranya tiada idea untuk membuat entri,
Banyak lagi kebaikan yang dapat kita perolehi sekiranya kita berblogwalking. Tepuk dada, tanya selera.
4 comments:
Setuju sobat.,
Blogwalking memang banyak sekali manfaatnya.,
Thanks infonya.,
betul2... mcam2 boleh dapat.. yg penting dapat tambah ilmu dan bertukar pandangan tu..
Hi, nak mintak awak review website saya la. Ok tak? website www.jvbuyer.com.my .. sekarang ada promosi buffet steamboat halal food kat Shabu One, Lot10. Thanks..
Betul tu Fyna.....boleh le OKje tumpang sekaki....he...he...
Post a Comment